TERMA & SYARAT PENYEWAAN RUMAH TAMU MASJID AN-NUR TEMASYA GLENMARIE
1. Waktu Masuk & Keluar
•Check-In: 2.00 pm
•Check-Out: 12.00 pm (tengah hari)
•Had Penghuni: Maksimum 6 orang bagi setiap unit rumah tamu.
.
2. Lain-Lain Keperluan (Optional)
•Permintaan khas tidak dijamin, tetapi pihak pengurusan akan berusaha sebaik mungkin untuk memenuhinya (contoh: hair dryer, kettle, iron).
.
3. Kemudahan Disediakan
•Dua (2) katil queen size
•Bilik mandi peribadi
•Bilik bebas rokok
•Pendingin hawa
•TV LED skrin rata (saluran terhad)
•Tuala & toiletries asas (syampu rambut & sabun badan)
•Wi-Fi percuma (liputan terhad)
•Botol air mineral percuma
•Peralatan tambahan atas permintaan (hair dryer, electric kettle, seterika)
.
4. Polisi Pertukaran & Pembatalan
•Pembatalan Tempahan: Bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan (non-refundable).
•Pertukaran Tarikh:
•Permohonan sekurang-kurangnya 15 hari sebelum tarikh sewaan → Caj pengurusan 15% daripada nilai tempahan.
•Permohonan antara 7–14 hari sebelum tarikh sewaan → Caj pengurusan 20%.
•Permohonan kurang daripada 7 hari → Tidak dibenarkan.
•Pertukaran tarikh hanya dibenarkan sekali sahaja dan tertakluk kepada kelapangan unit.
.
5. Polisi Keluar Lewat (Late Check-Out)
•Permohonan keluar lewat mestilah dibuat sekurang-kurangnya 24 jam sebelum waktu keluar dan tertakluk kepada kelapangan unit.
•Caj tambahan:
•< 1 jam → RM50 atau 10% kadar harian (mana lebih tinggi)
•1 – 3 jam → RM100 atau 25% kadar harian
•3 – 6 jam → RM200 atau 50% kadar harian
•6 jam → Caj 1 malam penuh
•Jika keluar lewat tanpa kebenaran, caj maksimum (1 malam penuh) akan dikenakan, dan pengurusan berhak masuk untuk persediaan tetamu seterusnya.
.
6. Larangan
•Tidak dibenarkan sebarang perubahan / dekorasi dalam bilik rumah tamu.
•Bilik adalah kawasan bebas rokok.
.
7. Pembayaran
•Tiada deposit / wang cagaran dikenakan.
•Pembayaran penuh perlu dibuat semasa tempahan.
.
8. Tanggungjawab Penyewa
•Menjaga kebersihan bilik & kemudahan yang disediakan.
•Sebarang kerosakan atau kehilangan peralatan akan dikenakan bayaran gantian.
